VaultSafeUall

Wednesday 17 April 2013

43,667 KES BANKRAP DIDAFTAR

 Sejumlah 43,667 kes bankrap didaftar di Jabatan Insolvensi bagi tempoh 2011 hingga Mac tahun ini, yang mencatatkan peningkatan kira-kira 19,000 kes dalam tempoh itu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sepanjang 2012 sebanyak 19,575 kes bankrap didaftar yang menunjukkan peningkatan 408 kes berbanding tahun sebelumnya. 

Bagi tiga bulan pertama tahun ini, ia mencatatkan 4,925 kes bankrap. "Kes kebankrapan ini dibahagikan mengikut kelompok umur iaitu 25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 45 hingga 54 tahun, 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah. 

"Individu daripada peringkat umur 35 hingga 44 tahun adalah golongan paling ramai bankrap apabila mencatat 15,776 orang," katanya ketika berucap melancarkan 1Malaysia Fix Capital Xcess (1MFX) Program Res-Q: Peluang Kedua Untuk Atasi Bankrap di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Bagi kelompok individu berumur 25 tahun ke bawah, seramai 171 orang diisytihar bankrap pada 2011 manakala 130 orang pada tahun lepas dan 54 orang bagi tiga bulan pertama tahun ini, katanya.  

1MFX dilancarkan untuk menyediakan rangkaian pengurusan kewangan secara profesional dan menguruskan isu kebankrapan berorientasikan khidmat pelanggan sepenuhnya. 

Misi 1MFX bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik bermula dari pelan penyelesaian yang lebih realistik, strategi pembayaran balik hutang sehingga ke platform pengurusan kes. 

Individu yang menepati kriteria yang dikehendaki 1MFX seperti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai nilai hutang tidak melebihi RM1 juta dan berstatus bankrap kurang atau tidak melebihi lima tahun digalakkan mendaftar untuk Program Res-Q. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web www.1mfx.my. — Bernama

Tuesday 26 March 2013

KORIDOR UTARA TARIK RM10 BILION


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjangka menarik pelaburan berjumlah RM10 bilion tahun ini dengan pewujudan 8,000 peluang pekerjaan.

Tahun lepas, wilayah itu menarik pelaburan berjumlah RM12.3 bilion dengan 16,355 peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (gambar) berkata 25 peratus sasaran dijangka dijana daripada sektor swasta tempatan.

Beliau menjangka sektor pelancongan lebih menonjol dalam menarik pelaburan tahun ini berbanding pertanian dan pembuatan yang cemerlang pada 2012.

"Wilayah utara Malaysia mempunyai dua destinasi pelancongan yang menjadi tarikan utama di Langkawi dan Pulau Pinang. Kami menyasar menyediakan dua lagi tahun ini agar pelancong mempunyai pilihan lebih luas.
"Destinasi baharu itu ialah Hutan Tropika Belum dam kawasan bandar Warisan Taiping," katanya.

Redza berkata demikian kepada pemberita selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara DreamEDGE Sdn Bhd dan Ingeliance Groupe, disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, di sini, hari ini.

DreamEDGE ialah syarikat perkhidmatan reka bentuk dan kejuruteraan manakala Ingeliance Groupe syarikat yang berpangkalan di Perancis. MoU itu dimeterai bagi perkongsian pengetahuan strategik untuk membangunkan lagi reka bentuk digital dan keupayaan kejuruteraan tempatan dalam aeronautik dan domain marin.

Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan berkata, syarikat itu akan melabur RM1.5 juta setiap tahun bagi pembangunan modal insan dan menyasar pendapatan RM15 juta bagi kedua-dua pihak menerusi kerjasama tersebut. 

Monday 4 March 2013

SYED MOKHTAR ORANG KELIMA TERKAYA DI MALAYSIA

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itumerosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Jan, 2012):

Nama Kekayaan (RM Juta)Syarikat

Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 KerryGroup/KuokGroup

T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9,530.00 Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong Leong

MalaysiaTan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun2,541.74 Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia

Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay1,711.84 YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan

Thursday 21 February 2013

PEMUDA CADANG AGAR SI BANGKAP DIBERI PELUANG KEDUA

Pemuda Umno hari ini mencadangkan agar individu yang diisytihar muflis, bankrap dan disenaraihitam oleh insititusi kewangan diberi peluang kedua keluar dari kemelut kebankrapan melalui pelepasan automatik selepas tempoh tertentu.

Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata amalan tersebut dilaksanakan di beberapa negara luar bagi membantu golongan itu agar tidak terus dibebani kepayahan membuat pinjaman dan disekat untuk ke luar negara umpamanya.

"Pelepasan automatik perlu diberikan selepas tempoh tertentu. Di luar negara, ada yang menetapkan diberi pelepasan ini selepas satu hingga tiga tahun (diisytihar bankrap).

"Cadangan ini diharap dapat dimasukkan dalam pindaan Akta Bankrap 1967 yang saya difahamkan sedang dalam peringkat akhir untuk digubal sebelum dihantar ke Peguam Negara.

"Akta yang ada ketika ini terlalu ketat kepada mereka yang teraniaya ibarat pesalah yang menerima hukum mati ekonomi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Muflis@Bankrap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen bahawa undang-undang kebangkrapan sedia ada akan dikaji dan dirombak bagi melepaskan individu dari kemelut kebankrapan.

Khairy berkata cadangan itu bagaimanapun perlu diteliti dan dikaji supaya golongan muflis dan bankrap itu tidak menyalahgunakannya sehingga wujud unsur penipuan.

Pemuda Umno juga mencadangkan agar satu insurans perlindungan khas diwujudkan kepada penjamin dalam pindaan akta tersebut agar tidak lagi teraniaya menanggung beban orang yang berhutang, katanya.

Katanya ketika ini institusi kewangan akan membekukan atau menyita aset dan harta penjamin demi melunaskan hutang pemiutang dan perkara itu menjejaskan ekonomi dan kehidupan penjamin.

"Mereka juga terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos guaman," katanya.

"Daripada 2005 hingga Mac tahun lepas, terdapat 243,823 orang muflis dan jumlah itu menunjukkan peningkatan 45 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

"Sehubungan itu Jabatan Insolvensi dan agensi berkaitan perlu lebih agresif dalam membuat publisiti dan mendidik orang ramai supaya menguruskan kewangan dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, resolusi mengandungi cadangan dan langkah pencegahan muflis daripada peserta forum yang pernah muflis akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada Perdana Menteri.

Wednesday 30 January 2013

DR AZIZAN TAK AMBILALIH PNS

ementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan bahawa Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan diambil alih oleh syarikat milik Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies Dr Azizan Osman.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata PNS yang merupakan agensi di bawah KPDNKK tidak boleh dijual kerana ia bukan syarikat perniagaan.

"PNS adalah perbadanan yang diwujudkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Kalau dia nak beli dia mesti dapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Saya 'check' dengan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) tadi...no such things (tidak ada perkara sebegitu).

"Kerajaan selama ini tidak pernah jual perbadanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Putrajaya semalam.

Laporan akhbar semalam yang memetik sumber, menyebut mengenai pengambilalihan itu. 

Laporan itu menyatakan pengambilalihan itu diumumkan oleh Dr Azizan sendiri ketika Seminar Berani 2013 di Wisma MCA, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

"Dia ini (Dr Azizan) pakar motivasi. Saya agak dia nak 'impress' kepada peserta motivasi... yang syarikatnya hebat, sehingga kerajaan pun sanggup nak bagi perbadanan kepadanya. Agaknyalah.

"Atau pun kenyataan (nak ambil alih PNS) itu mungkin bukan dari mulut dia," katanya.

Terdahulu Ismail Sabri menyerahkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada 11 NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan antaranya Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Fomca, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Majlis Belia India Malaysia.

Ia bagi membantu NGO berkenaan melaksanakan program dan aktiviti kepenggunaan yang dirancang tahun ini bagi meningkatkan kesedaran pen

Saturday 20 October 2012

BANK JANGAN TERLALU KETAT LULUS PINJAMAN


Bank komersial dinasihatkan agar tidak terlalu ketat dalam meluluskan pinjaman perumahan, terutamanya kepada pembeli Skim Rumah Pertamaku di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pemaju yang gagal menjual rumah kepada pembeli ekoran peraturan dan sekatan ketat daripada pihak bank.

"Tidak dinafikan Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan garis panduan kepada pihak bank komersial bagi mengelak ketidakupayaan bayaran balik pinjaman perumahan itu.

"Namun, bank komersial tidak perlu terlalu mengikut garis panduan itu, sebaliknya membuat penyelidikan sendiri sama ada peminjam tersebut mampu membayar balik pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2012 di sini hari ini.

Mapex 2012 adalah anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) itu disertai kira-kira 80 pemaju hartanah dengan 202 gerai pameran dan 14 institusi kewangan.

Ekspo itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober.

Tambah Chee Heung, 'kelonggaran' peraturan bank-bank komersial itu dilihat boleh memberi peluang kepada golongan muda dan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah.

Jelasnya, perkara itu juga akan merancakkan lagi industri pembinaan dan hartanah, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya berharap sokongan daripada pihak bank bakal memberi manfaat kepada industri dan juga ekonomi Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, Chee Heung memberitahu, Jabatan Perumahan Negara di bawah kementeriannya telah mengambil tindakan terhadap beberapa pemaju perumahan yang menyalahi undang-undang menyiarkan iklan di akhbar tempatan tanpa permit.

Katanya, kesemua mereka didapati bersalah kerana tidak mempamer dan memohon lesen pemaju serta nombor permit pengiklanan pada iklan yang disiarkan.

"Baru-baru ini pihak penguat kuasa Jabatan Perumahan Negara ada menjalankan operasi dan mengambil tindakan terhadap beberapa pemaju yang menyalahi undang-undang pengiklanan seperti gagal mempamerkan nombor lesen pemaju serta permit pengiklanan.

"Kita pandang serius perkara ini dan mana-mana pemaju yang ingin mengiklankan projek perumahan perlu memohon lesen dan permit daripada kementerian," katanya.


Tuesday 16 October 2012

PUNB TIDAK MOHON PINJAM DARI KERAJAAN


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tidak akan memohon pinjaman atau dana daripada kerajaan mulai tahun ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, PUNB kini mempunyai aset bernilai lebih RM1.5 bilion dan berupaya menggunakan sumber tersebut untuk terus berdaya saing dan mencatat keuntungan.

“Semenjak 1992, PUNB telah menerima pinjaman sejumlah RM800 juta dan kami akan membayar balik pinjaman-pinjaman itu kepada kerajaan secara berperingkat hingga tahun 2028.

“PUNB tidak patut bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Selepas saya mengambil alih jawatan pengerusi, saya fikir PUNB boleh menggunakan sumber yang ada," katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012 di sini hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, bagaimanapun, pihaknya masih terbuka untuk menerima geran daripada kerajaan bagi tujuan dan inisiatif khas dalam usaha meningkatkan tahap keusahawanan Bumiputera di negara ini.
...