VaultSafeUall

Monday 9 April 2012

KFC BUKA 15 CAWANGAN LAGI

KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) mahu membuka 15 buah lagi cawangan restoran makanan segera tahun ini dengan kos pelaburan sebanyak RM40 juta.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md. Ali berkata, pembukaan cawangan restoran baharu itu akan juga melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, daripada 15 buah restoran itu, lima daripadanya telah dibuka awal tahun ini.
"Sebanyak 10 daripada 15 buah restoran cawangan KFCH itu bakal memiliki kemudahan pandu lalu bagi menepati kehendak pelanggan setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran kempen So Good di sini hari ini.
Kempen So Good yang menelan belanja sebanyak RM4 juta merupakan kempen fasa pertama daripada tiga fasa kesemuanya. Setiap fasa kempen dijangka menelan belanja sebanyak RM4 juta.
...