VaultSafeUall

Monday 23 July 2012

ZAKI CEO BARU KFC?


Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Eksekutif Kulim (M) Bhd. bakal dilantik untuk menduduki kerusi utama, KFC Holdings Bhd. (KFC Holdings) bagi menggantikan Jamaludin Md. Ali.

Sumber berkata, pelantikan Ahmad Zaki itu sudah pun mendapat 'lampu hijau' daripada Pengerusi Johor Corporation (JCorp), Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahmad Zaki yang pernah menyertai Malaysian Resources Corporation Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif sebelum menyertai JCorp.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan DRealty, syarikat hartanah milik Kerajaan Negeri Johor.

Menurut sumber, pelantikan Ahmad Zaki itu bakal diumumkan tidak lama lagi, serentak dengan pengumuman pemilikan KFC Holdings dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB).

"Pengumuman itu bakal menamatkan teka-teki peneraju baru bagi KFC Holdings selepas ia dimiliki oleh MESB," kata sumber itu.

MESB adalah syarikat khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih KFC Holdings dan QSR Brands, dengan JCorp menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan.

Manakala baki 49 peratus lagi adalah milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Melati Asia Holdings Ltd. (MAHL) yang dikuasai 51 peratus oleh tabung persaraan rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, banyak spekulasi menyebut KFC Holdings bakal dipimpin oleh 'orang asing' yang juga bekas kakitangan Yum!, pemilik francais bagi restoran bagi makanan segera KFC.

No comments:

Post a Comment