VaultSafeUall

Tuesday 26 March 2013

KORIDOR UTARA TARIK RM10 BILION


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjangka menarik pelaburan berjumlah RM10 bilion tahun ini dengan pewujudan 8,000 peluang pekerjaan.

Tahun lepas, wilayah itu menarik pelaburan berjumlah RM12.3 bilion dengan 16,355 peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (gambar) berkata 25 peratus sasaran dijangka dijana daripada sektor swasta tempatan.

Beliau menjangka sektor pelancongan lebih menonjol dalam menarik pelaburan tahun ini berbanding pertanian dan pembuatan yang cemerlang pada 2012.

"Wilayah utara Malaysia mempunyai dua destinasi pelancongan yang menjadi tarikan utama di Langkawi dan Pulau Pinang. Kami menyasar menyediakan dua lagi tahun ini agar pelancong mempunyai pilihan lebih luas.
"Destinasi baharu itu ialah Hutan Tropika Belum dam kawasan bandar Warisan Taiping," katanya.

Redza berkata demikian kepada pemberita selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara DreamEDGE Sdn Bhd dan Ingeliance Groupe, disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, di sini, hari ini.

DreamEDGE ialah syarikat perkhidmatan reka bentuk dan kejuruteraan manakala Ingeliance Groupe syarikat yang berpangkalan di Perancis. MoU itu dimeterai bagi perkongsian pengetahuan strategik untuk membangunkan lagi reka bentuk digital dan keupayaan kejuruteraan tempatan dalam aeronautik dan domain marin.

Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan berkata, syarikat itu akan melabur RM1.5 juta setiap tahun bagi pembangunan modal insan dan menyasar pendapatan RM15 juta bagi kedua-dua pihak menerusi kerjasama tersebut. 

No comments:

Post a Comment