VaultSafeUall

Saturday 1 September 2012

CUKAI ROKOK DIJANGKA NAIK


Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (Philip Morris) menjangkakan cukai rokok akan meningkat sebanyak 1 sen sebatang pada tahun depan menerusi pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

"Tahun ini pihak kastam telah melakukan banyak tangkapan bagi membendung penyeludupan. 
Pemantauan yang berterusan ini mampu mengurangkan lambakan rokok haram di pasaran," katanya.

"Kerajaan mengalami kerugian cukai yang besar disebabkan kemasukan rokok haram, maka tindakan penguatkuasaan dilihat mampu menyelesaikan masalah tersebut berbanding meningkatkan cukainya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi penerangan prestasi ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris dan disampaikan oleh Ketua Ekonomi, Selatan dan Asia Tenggara, Economist Corporate Network, Justin Wood.

Dalam perkembangan lain, Wood berkata, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.7 peratus pada tahun ini dan purata 5.5 peratus bermula tahun hadapan hingga 2016.

"Peningkatan stabil berkenaan berikutan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) mula menunjukkan hasil awalnya dan terus berkembang untuk jangka sederhana.

"Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah terus lembap untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi, ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh tetapi pergerakannya perlahan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment